Sebahagian daripada peserta-perserta himpunan #TangkapAzamBaki berkumpul serta berarak di sekitar kawasan LRT Bangsar menuju ke Jalan Travers Bangsar, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK lima lagi laluan di sekitar kawasan Brickfields dilencongkan bermula jam 7 pagi hari ini sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lima laluan tersebut adalah Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers, Jalan Rakyat dan Jalan Maarof.

Menurut Amihizam, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai tindakan beberapa individu yang mahu menganjurkan perhimpunan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar hari ini.

“Kita telah mendapat maklumat mutakhir semalam bahawa terdapat segelintir pihak dan individu yang akan menganjurkan perhimpunan di stesen LRT pagi ini.

“Sedangkan pihak polis tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada mana-mana pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dimana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada kita terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lima laluan yang dilencongkan di sekitar kawasan Brickfields. – Gambar FB Polis Brickfields

Baca artikel berkaitan: Larangan berhimpun selama tujuh hari di KL – Polis

Selain itu, Amihizam berkata, pihak pengoperasian Stesen Transit Aliran Massa (MRT), LRT dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dihentikan sementara bagi beberapa stesen utama di sekitar Kuala Lumpur seperti diumumkan dalam siaran media semalam.

Sehubungan itu, nasihatnya, orang ramai yang mempunyai urusan di Kuala Lumpur terutama di kawasan stesen LRT Bangsar dan kawasan yang terlibat perlu merancang perjalanan dan pengurusan masing-masing.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’