Ismail Sabri Yaakob bertemu Tun Siti Hasmah Mohd Ali dan Tan Sri Mokhzani bagi bertanya khabar kesihatan Tun Mahathir Mohamad ketika melawat bekas Perdana Menteri itu di IJN petang ini./ Gambar FB Ismail Sabri Yaakob

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memohon seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa kepada Allah semoga Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) segera sembuh dan kembali sihat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau yang menziarahi Dr Mahathir di IJN bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Tan Sri Mokhzani.

“Tiba di IJN sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di IJN.

“Saya bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Tan Sri Mokhzani bertanyakan khabar dan keadaan Tun Mahathir.

Baca: Tun Mahathir stabil, mohon doakan kesembuhan bekas PM – Marina

Perdana Menteri lawat Tun M

“Saya mohon seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa kepada Allah semoga Tun Mahathir segera sembuh dan kembali sihat walafiat,” kata Ismail Sabri.

Terdahulu, Ismail Sabri yang tiba di IJN pada 5.35 petang tadi dilihat melambai tangan dari kenderaan rasmi beliau ke arah pengamal media yang berkumpul di perkarangan pusat perubatan itu.

Kenderaan Perdana Menteri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada petang tadi.

Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam di IJN.

Beberapa pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir dan difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram