Onde-onde adalah antara kuih yang popular dan digemari ramai. Berbeza sedikit, kali ini Saji kongsi resipi onde-onde labu. Jom cuba juadah yang sesuai dibuat untuk sarapan dan minum petang ini.

BAHAN-BAHAN:
150 gm labu – potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih – kukus
1 1/4 sudu kecil garam
Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN

  1. Labu dipotong dadu, dan kukus hingga lembut.
  2. Kemudian lecek labu hingga halus.
  3. Masukkan tepung pulut, garam dan air serta uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
  4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bebola kecil.
  5. Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan kembali.
  6. Apabila air sudah mendidih, masukkan bebola labu dan masak sehingga timbul.
  7. Angkat bebola labu dan tuskan. Golekkan bebola labu di atas kelapa parut, yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Bolehlah dihidangkan.

Resipi: Marhaini Mohmad Ashaari


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram