SMK Bandar Saujana Putra yang telah siap sepenuhnya selepas terbengkalai sejak 2019. - Gambar FB Dr Radzi Jidin

SELEPAS terbengkalai sejak 2019, akhirnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra siap sepenuhnya dan bersedia beroperasi pada Mac ini.

Pengumuman itu dilakukan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, selepas beliau melakukan tinjauan ke sekolah tersebut untuk melihat keadaan sekolah semalam.

Menurut Mohd. Radzi, sekolah itu akan mula dibuka untuk sesi persekolan pada bulan Mac ini dan segala persiapan sedang giat dilakukan oleh pihak kementerian.

“Sekolah telah siap sepenuhnya dan kita dengan menunggu perabot-perabot untuk dilengkapkan di dalam kelas.

“Pihak kementerian juga akan memberi maklumat lanjut berkaitan dengan pendaftaran SMK Bandar Saujana Putra dalam masa terdekat,” katanya.

Mohd. Radzi berkata, dengan adanya SMK Bandar Saujana Putra, kemudahan itu sudah tentu akan memberi banyak manfaat kepada ibu-bapa di kawasan berkenaan kerana mereka mempunyai pilihan untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang lebih dekat.

Katanya, Kementerian Pendidikan akan berusaha dengan terbaik bagi memastikan sekolah itu dapat beroperasi sepenuhnya apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram