hadis palsu tuntut ilmu
Sekadar gambar hiasan

Pernahkah anda mendengar hadis yang berbunyi, “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.” Jika pernah, tahukah anda bahawa hadis ini adalah hadis yang palsu. Ia tidak pernah pun dikhabarkan daripada Baginda s.a.w. kepada kita.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan dalam kitab beliau, Taisir al-Fiqh, walaupun isyarat maksud hadis ini benar, namun bukanlah bermakna ia adalah hadis yang benar-benar sahih yang datangnya dari Baginda s.a.w.

Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai perkataan yang datang dari Baginda s.a.w. oleh seorang pengkaji hadis pada zaman ini iaitu al-Muhaddis Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam kitab beliau Qimatu az-Zaman ‘Inda al-Ulama.

Begitu berat menyandarkan sesuatu yang tidak pasti, walaupun sering didengar dari Nabi s.a.w. Ini disebabkan oleh ulama dari zaman ke zaman sentiasa memelihara hadis Nabi s.a.w. daripada dipalsukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun antara fadilat atau kelebihan menuntut ilmu sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w. seperti firman Allah dalam surah al-Mujadalah: 11

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Sabda Baginda s.a.w. pula, “Sesiapa yang menempuh suatu jalan bagi menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju ke syurga. Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana reda atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar diminta ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada dalam air.” (HR Abu Daud)

____________________________-

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare