GAMBAR Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipercayai diambil pada 13 Januari lalu di IJN yang tular dalam media sosial.

SEKEPING gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan sihat bersama individu dipercayai kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) tersebar dalam media sosial.

Gambar berkenaan dipercayai diambil sebelum Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari lalu selepas dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada 7 Januari.

Dr. Mahathir telah menjalani rawatan prosedur elektif pada 8 Januari lalu di IJN.

Bekas Perdana Menteri itu kemudiannya dimasukkan semula ke IJN sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa gambar berkenaan diambil semasa Dr. Mahathir menerima dos penggalak pada bulan November lalu.

Dalam pada itu, berita palsu mengenai kematian negarawan tersebut telah mula tersebar dalam media sosial.

Namun begitu, sehingga kini, masih belum ada perkembangan terkini melibatkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Baca artikel berkaitan: Tun Mahathir stabil, mohon doakan kesembuhan bekas PM – Marina

Semalam, anak bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina.

Puluhan wakil media mula berkumpul di luar IJN sejak 12 tengah hari semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa menziarahi Dr. Mahathir, petang semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram