Abuk-abuk adalah antara kuih tradisional Melayu yang enak. Selain sesuai untuk hidangan minum petang, menu ini juga boleh dijadikan hidangan untuk sebarang majlis. Penyediaannya cukup ringkas dan mudah. Jom cuba!

BAHAN A
300 gm sagu – rendam 5 minit dan toskan
50 gm kelapa parut- ambil putihnya
Sedikit garam

BAHAN B
Gula merah secukupnya
Daun pisang

CARA MENYEDIAKAN

  1. Biji sagu hendaklah direndam selama 5 minit. Angkat dan tuskan airnya. Kemudian gaulkan sagu dengan kelapa parut, garam dan gula.
  2. Ambil satu keping daun pisang dan dibentukkan bulat. Kemudian lipat dua dan bentukkan daun seperti kon.
  3. Masukkan biji mata sagu, kelapa dan garam di dalam kelongsong pisang.
  4. Letakkan gula merah di atasnya dan tutup kembali dengan sagu.
  5. Lipatkan daun pisang dengan kemas. Sematkan lidi di hujung lipatan.
  6. Kukus sagu selama 10 minit atau sehingga masak. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resipi: Marhaini Mohmad Ashaari


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram