Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kari kambing yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan minyak sapi
4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang | dihiris
2 biji tomato | potong baji
1/2 cawan yogurt
Gula ataupun gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar | cincang

BAHAN PES REMPAH
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar | hiris
3 cm halia | hiris
6 tangkai cili hijau | hiris
4 tangkai akar ketumbar
10 helai daun pudina
20 biji lada hitam

BAHAN REMPAH RATUS
6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

BAHAN SERBUK REMPAH
1 sudu besar garam masala
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar

CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan bahan-bahan pes rempah ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan daun kari serta rempah ratus. Tumis sehingga harum.
  3. Bancuh serbuk rempah dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis. Masukkan daging kambing.
  4. Kacau selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
  5. Tambahkan air secukupnya dan renehkan. Biarkan ia masak selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
  6. Selepas itu masukkan pula tomato dan yogurt. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Taburkan daun ketumbar dan kacau rata. Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.

Resipi: Fauziah Abd Ghaffar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram