Berikutan peningkatan kes baru COVID-19, KPM terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran secara bersemuka./ Gambar hiasan dari FB Menteri Kanan Pendidikan

SEMUA guru dan murid Sekolah Kebangsaan Assumption yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang akan ditempatkan di sekolah lain di kawasan terdekat.

Tindakan itu dilakukan susulan pemilik tapak sekolah tersebut, Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd. melakukan permohonan untuk mengosongkan bangunan dan tapak sekolah berkenaan secepat mungkin.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihaknya telah menerima makluman mengenai perkara tersebut pada 3 November lalu.

“Pihak syarikat memaklumkan yang mereka telah menerima tawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah daripada pihak ketiga.

“Sehubungan itu, kita menetapkan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah lain yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: KPM cari pendekatan kurangkan risiko jangkitan COVID-19 warga sekolah

Menurut KPM, ketetapan itu dilakukan berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun.

Jelasnya, pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid seramai 53 orang.

“Selain itu, kita juga melihat terdapat sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 kilometer (KM) hingga 5.8 km.

“Mengambil kira sesi persekolahan yang sedang berlangung, KPM telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak sekolah sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada Mac 2022,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram