terengganu
Sarah Raissa gemar mewarna.

KELETAH spontan si cilik bernama Sarah Raissa Muhamad Hafizudin berusia empat tahun mengeja perkataan Terengganu, tetapi menyebut penyu berjaya mencuit hati warganet.

Menurut ibu saudaranya, Nurul Hanim Nasuha Abu Bakar, 21, kejadian lucu itu terjadi ketika Sarah sekeluarga baru pulang dari Terengganu dan meskipun sudah ditegur tentang sebutan yang sebenar, si kecil itu tetap menyebut penyu.

“Dia (Sarah Raissa) sememangnya sudah mengenali nombor serta huruf sejak berusia tiga tahun enam bulan lagi,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Kata Nurul Hanim, dia sendiri terkejut selepas mendengar anak buahnya itu menyebut penyu selepas selesai mengeja perkataan Terengganu.

“Saya memang terkejut dan ketawa,” ujarnya yang kemudian bertindak merakam buat kali kedua sebagai kenangan selepas Sarah Raissa tetap menyebut penyu meskipun sudah ditegur.

Baca artikel berkaitan: ‘Saya maafkan dunia akhirat’ kata gadis yang difitnah kejar kekasih sebelum sondol Myvi dekat Parit Buntar

@nnnasuhaa_ confident level tahap kayangan?? #fyp??viral #viral #hebat #fypdongggggggg #fypage ? original sound – Hanim Nasuha

Tambahnya, Sarah Raissa merupakan cucu pertama di dalam keluarga itu adalah seseorang yang gemar mewarna.

“Setiap kali dia mewarna memang kemas dan ikut garisan lukisan pada buku mewarna. Ada ketikanya dia akan ambil buku dan meminta saya bacakan untuknya,” ujarnya.

Aksi sarah mengeja itu telah dimuat naik ke TikTok @Hanim Nasuha “confident level tahap kayangan” beberapa hari lepas dan hingga kini telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV pada ruangan komen melihat rata-rata warganet turut terhibur dan geli hati akan keletah spontan Sarah Raissa.

“First time aku gelak guna hidung, lawak gila,” ujar @lilgr8baby.

“Kalau adik ni perempuan, maka dia takkan salah,” komen @yrbae_1.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram