Kerajaan akan menyelesaikan isu Bantuan Wang Ihsan (BWI) terhadap mangsa banjir selepas beberapa perkara berkaitan tuntutan banjir diperhalusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai yang memohon BWI walaupun ada dalam kalangan mereka tidak terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Ada yang menuntut bantuan peralatan barang rosak hingga RM2,500 walaupun tiada barang yang rosak. Misalnya di Selangor, ada yang tinggal di rumah pangsa, hanya tingkat satu yang tenggelam tetapi mereka yang di tingkat lima turut membuat tuntutan.

“Ada yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi ke rumah saudara mara. Mereka turut menuntut walaupun tiada kerosakan dan sebagainya,”katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bantuan geran kepada usahawan mikro terkesan banjir – PM

Menurut Ismail Sabri, perkara itu menyebabkan berlakunya kelewatan untuk mengagihkan BWI memandangkan pihak terlibat menyelesaikan isu pengesahan tuntutan berkenaan.

Katanya, masalah berbangkit dalam isu banjir diuruskan dengan baik oleh pihak terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram