Tangkap layar video tular seorang pemuda nyaris digilis sebuah lori.

BERPANTANG maut sebelum ajal. Kecoh di media sosial sejak tengah malam tadi bagaimana seorang pemuda berjaya menyelamatkan diri daripada digilis sebuah lori selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Walaupun kejadian itu berlaku pada 24 Januari lalu, ia tular selepas satu akaun Facebook bernama Joanne Chua memuat naik video insiden berkenaan kira-kira pukul 9 malam tadi.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi kejadian, video berkenaan terus mendapat perhatian warganet, malah detik-detik cemas tersebut turut dikongsi di TikTok UtusanTV yang setakat ini telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali.

Dalam video tersebut, pemuda itu didakwa terjatuh akibat tongkat motosikalnya tidak dinaikkan ditambah pula dengan keadaan jalan licin gara-gara basah akibat hujan.

Detik satu saat dia nyaris digilis itu membuatkan ramai netizen berdebat, malah ada yang menyalahkan perakam video berkenaan menghalang laluan motosikal permuda itu.

Baca artikel berkaitan: Tanah mendap: Ada potensi berlaku runtuhan susulan

@utusantvofficial Nyaris digilis lori. Kejadian 24 Jan, pukul 2.17. Kredit video: FB Joanne Chua. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tak kurang juga mengatakan, Allah memberi peluang kedua kepada pemuda tersebut kerana amal yang dilakukan.

“Allahuakhbar..mesti ada kebaikan yg die buat smpi allah selamat kn die..dan doa2 dr makayah die jgk..🥺,” komen @user2241798301982

“Punca jtuh sbb lupa agkt tongkat moto..sbb tu klau jumpa org naik mto kna teguq depa..kt jln kg pon bhaya ni lgi la kt jln rya..nsib x jdi apa2,” ujar @Aidil.

“Mgkin doa dri mak selamatkan adk ni..syukur selamat,” kata @cikbunga088.

“Ingatan dia masih kuat. Masa terjatuh, dia masih ingat ada lori kat belakang sebab tu tindakan refleks dia cepat. Syukur alhamdulillah,” tulis @OppaPishang.

Walaupun tidak tahu siapa gerangan pemuda terbabit, ramai meluahkan rasa syukur kepadanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam insiden tersebut.

Tinjauan UtusanTV ke akaun Facebook pemilik asal video berkenaan juga sudah diturunkan, malah akaun tersebut juga sudah dinyahaktif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram