umrah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan bahawa ibadah Haji hanya boleh dilakukan jemaah yang mempunyai visa yang ditetapkan.

KERAJAAN kembali membenarkan rakyat negara ini menunaikan ibadat umrah mulai 8 Februari ini selepas menggantungkan kebenaran tersebut baru-baru ini akibat penularan varian Omicron COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kabinet membuat keputusan tersebut hari ini dan tidak bercadang melanjutkan penangguhan sementara tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.

“Baru tadi kami buat keputusan sepertimana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini bolehlah agensi pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah dan inilah yang sudah diputuskan hari ini oleh Kabinet.

“SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ, di Kuala Lumpur, hari ini.

BERITA BERKAITAN Tangguh umrah: Jaga nyawa dulu, duit letak belakang – Hadi

Yang turut hadir Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat; Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Pengurus GoPro Asia Tenggara, Sangeet Singh.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Memetik laporan Berita Harian, Nancy berkata, beliau belum mengetahui mengenai penerbangan pertama yang akan membawa jemaah umrah bermula 8 Februari ini.

“Tapi mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui sebab kami juga sudah adakan perjumpaan dengan mereka tidak sampai dua minggu yang lalu.

“Saya rasa mereka sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi mereka selanjutnya,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram