Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resipi nasi minyak harum wangi yang Saji kongsikan ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN
1 kg beras Basmathi
10 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
15 cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
1 kuntum bunga kantan | hiris
3 sudu besar kismis
2 sudu besar gajus
2 sudu besar badam cincang
1 cawan susu cair
1 liter air
Garam secukup rasa
Bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN
1.Beras basmathi hendaklah dicuci dan tus. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, serai, bawang putih, bawang merah dan halia.
2.Tumiskan sehingga wangi. Masukkan air dan garam.
3.Masukkan susu cair. Kacau rata. Apabila mendidih, masukkan beras basmathi dan bunga kantan. Kacau rata. Biarkan masak sebentar.
4.Apabila nasi hampir kering, taburkan kismis, gajus dan badam. Biarkan masak dengan api yang perlahan. Hiaskan dengan bawang goreng.

Resipi:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram