Sedapnya puding roti pelangi ni. Bagi penggemar puding, resipi puding roti pelangi ini wajib anda cuba. Cara penyediannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN
3 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar mentega
3 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna biru
Sedikit pewarna ungu
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna oren
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau

CARA MENYEDIAKAN
1.Didihkan tiga cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula di dalam periuk. Kacau hingga larut.
2.Kisar roti, telur, susu cair hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan mentega dan esen vanila. Kacau sehingga agak pekat.
3.Bahagikan kepada lima bahagian dan warnakan.
4.Sediakan loyang, lapiskan yang pertama dengan warna biru, diikuti dengan warna ungu, merah, kuning dan hijau. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan.

Resipi:  Shamsinah Md Said


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram