TULAR dakwaan tidak berasas oleh usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) terhadap Anuar Zain yang mendakwa bahawa penyanyi itu mengamalkan hubungan sejenis.

Dakwaan itu timbul selepas seorang netizen bertanyakan soalan kepada Vida untuk cuba ‘mengorat’ pelantun lagu Sedetik Lebih itu, namun Vida dengan nada berbisik menggelarkan Anuar dengan gelaran kaum sejenis.

“Datuk cubalah ngorat Anuar Zain. Gay… gay, faham tak?,” ujar Vida.

Video tersebut turut mendapat perhatian kakak Anuar iaitu penyanyi terkenal Ziana Zain sehingga membuatkan dia meninggalkan komen yang menganggap tindakan Vida adalah sangat biadap.

“Sangat biaadaappppppppp,” komen Ziana ringkas.

Tinjauan URTV di ruangan komen melihat rata-rata warganet turut berang akan dakwaan fitnah yang telah dikeluarkan oleh Vida serta berharap agar Anuar akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh menghina dan memfitnah orang lain sesuka hati,” komen @shahromyazid.

“Tak baiknya cakap macam tu, Anuar Zain tu baik, rendah diri, tak pernah kacau hidup orang lain pun,” ujar @kakya.

“Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti. Takut karma mengata orang terpalit dekat keturunan sendiri,” ujar @mvp918.