pkpd
- Gambar Bernama

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Februari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19, di lokaliti terbabit.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Rodzi turut memaklumkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD di lokaliti lain dalam negara, hari ini. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram