Penggemar kek buah rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek buah kukus ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN
450 gm mentega
200 gm gula (A)
1 sudu kecil pes kek buah
2 sudu besar sirap kencana (Golden Syrup)
1 sudu besar karamel
5 biji telur
500 gm tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk soda
1 sudu kecil krim tar-tar
1 sudu kecil serbuk buah pala
400 gm buah-buahan campuran
300 gm gula (B)

CARA MENYEDIAKAN
1.Pukul mentega, gula (A), pes kek buah, sirap kencana dan karamel hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis.
2.Ayakkan tepung, serbuk penaik, serbuk soda, krim tar-tar dan serbuk buah pala.
3.Gaulkan campuran buah-buahan kering dengan tepung tadi. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan. Masakkan gula (B) di atas api sederhana sehingga menjadi karamel.
4.Tuangkan karamel panas ke dalam adunan perlahan-lahan. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dialas kertas minyak. Tutupkan acuan dan kukus selama 4 jam.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram