Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kurma daging badam yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
500 gm daging lembu atau kambing | potong kecil
100 ml susu rendah lemak
50 ml yogurt
6 ulas bawang merah | mayang nipis
4 ulas bawang putih | mayang nipis
2 cm halia | mayang nipis
1 biji tomato | belah empat
2 tangkai cili hijau | belah dua
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk badam
Daun ketumbar | cincang
2 sudu besar minyak sayur

BAHAN TUMIS
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

CARA MENYEDIAKAN
1.Perap daging bersama rempah kurma dan yogurt selama 30 minit.
2.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan mayang dan bahan-bahan tumis hingga wangi.
3.Masukkan perapan daging dan didihkan hingga daging empuk.
4.Masukkan susu rendah lemak, serbuk badam, tomato dan cili hijau lalu didihkan lagi hingga sebati.
5.Perisakan dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
6.Taburkan cincangan daun ketumbar dan hidangkan.

Resipi : Suwarsi M.Arukin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram