Majlis Presiden PH baru-baru ini memutuskan PKR akan menggunakan logo sendiri pada PRN Johor akan datang.

SIMBOL Pakatan Harapan (PH) digunakan kali pertama pada PRK Seri Setia dan Balakong di Selangor pada Ogos 2018.

Ini selepas pendaftaran gabungan empat parti menerusi PH disahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) – tidak lama selepas PRU-14.

Di Seri Setia, PKR bertanding dan calonnya menang cukup bergaya sekali.

Namun entah mengapa, setelah masa beredar, tahun berganti tahun, simbol PH menjadi tawar dan pudar serinya.

Hinggakan setiap kali pilihan raya negeri (PRN), hal itu perlu diputuskan lagi – nak pakai logo PH atau logo sendiri?

Ya, logo itu penting, tetapi lebih penting ialah keyakinan pengundi kepada apa yang mampu ditawarkan kepimpinan.

Jenama dacing yang cukup hebat juga boleh ditewaskan simbol mata PKR pada PRU-14 lalu.

Di Sarawak baru-baru ini, logo GPS membuat kemunculan pertama pada pentas PRN dan ia menjadi pilihan majoriti besar pengundi.

Tiada masalah. Parti-parti dalam Gabungan Parti Sarawak sepakat walau logo burung kenyalang adalah baru buat rakyat negeri itu.

Baca: PKR guna logo sendiri, yang lain pakai logo PH

PRN Sarawak: PH tak pakai logo PH

PRN Melaka: Pembangkang sepakat guna logo PH

Buat kepimpinan PH pula sebaliknya, isu logo jadi seakan masalah sehinggakan melakukan kajian mendalam mengenainya dan dikaitkan pula antara faktor kekalahan di Melaka.

Sedangkan kegagalan untuk menampilkan logo yang sama di PRN Johor akan datang telah mengundang pelbagai persepsi. Ramai garu kepala.

Andai benar isu logo PH diatasi dengan kembali kepada simbol mata PKR, bagaimana pula dapatan lain dalam kajian pasca PRN Melaka?

Bagaimana pula dengan barisan kepimpinan?

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram