SEMUA majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan hendaklah memberikan satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar kepada pekerja pada 3 Februari ini.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan memaklumkan, ia memandangkan pertindihan cuti Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari yang juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.
Menurut kenyataan itu, tambahan satu hari lagi kelepasan am hendaklah diberikan oleh majikan kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan dalam proviso kepada Seksyen 60D(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 atau Akta 265.
Katanya, proviso itu menetapkan ‘jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja berikutnya selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama’.
Baca artikel berkaitan: Tangkap layar tular hari kelepasan am pada 3 Februari palsu
Bagaimanapun, JTKSM berkata, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja sekiranya tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil.
“Perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Februari yang juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.
“Hari Wilayah Persekutuan ialah hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak di Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta 265.
“Tahun Baharu Cina, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 60D(1)(a) Akta 265, ia juga wajib diambil oleh majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram