Dr Radzi Jidin menerima kunjungan Ahmad Faizal Azumu dan pegawai KBS bagi membincangkan usaha bersama ke arah pembangunan sukan dan belia dalam kalangan generasi muda./ Gambar FB Dr Radzi

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti usaha dan pendekatan bagi memupuk budaya sukan dalam kalangan murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi hari ini adalah kaedah untuk mengoptimumkan penggunaan fasiliti sukan KPM dan KBS.

“Selain itu, pembangunan bakat sukan daripada peringkat awal anak-anak sememangnya menjadi tumpuan KPM-KBS.

“Aspek pembangunan belia juga perlu diberi perhatian bagi melahirkan generasi pemimpin negara yang berwibawa,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai KBS bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan belia dan sukan yang melibatkan murid serta guru KPM.

Sementara itu, menurut Dr Radzi, semoga usaha KPM-KBS melalui pelbagai pendekatan strategik dapat melahirkan belia negara yang cemerlang serta memajukan sukan untuk seluruh rakyat dapat direalisasikan seperti mana yang dirancang.

“KPM komited melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram