Kek cawan coklat ganache ini memang sedap. Ia juga mudah untuk dibuat dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
375 gm tepung naik sendiri
75 gm serbuk koko
100 gm coklat gelap
200 gm mentega
350 gm gula
350 ml susu
4 biji telur
1 ½ sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN COKLAT GANACHE
350 gm coklat gelap | cairkan
1 cawan krim putar

CARA MENYEDIAKAN
1.Cairkan coklat dan biarkan sejuk.
2.Tepung, koko dan serbuk penaik diayak dan ketepikan.
3.Pukul gula, mentega dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
4.Selepas itu, masukkan coklat cair dan kacau adunan hingga sebati.
5.Kemudian masukkan tepung diselang- selikan dengan susu.
6.Sediakan acuan, tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan kertas. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 25 minit.
7.UNTUK MEMBUAT COKLAT GANACHE: Panaskan krim putar hingga mendidih. Padamkan api.
8.Masukkan coklat gelap di dalam krim putar, kacau hingga sebati.
9.Setelah kek masak, tuangkan adunan coklat dan hiaskan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan.

Resipi: Jimi Delights


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram