Sajian siput sedut masak lemak memang sedap. Lagi puas kalau masak sendiri. Jom cuba resipi siput sedut masak lemak rebung yang dikongsikan oleh Cef Zulhizam Zakaria ini. Confirm puas hati.

BAHAN-BAHAN
600 gm siput sedut | potong bahagian buntut
2 batang serai | ketuk
3 cawan santan
100 ml air
2 keping asam gelugur
1 cawan rebung

BAHAN TUMBUK
10 tangkai cili padi
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan periuk dan masukkan bahan tumbuk, serai, asam gelugur dan rebung bersama satu cawan air. Biarkan mendidih selama 10 minit.
2.Setelah itu masukkan siput dan santan. Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga mendidih.

Resipi: Cef Zulhizam Zakaria


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram