BERSEMPENA dengan Tahun Baharu Cina, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik dengan melanggan satu filem Korea dan percuma satu filem Cina.

Untuk melayakkan pakej ini, penonton perlu melayari laman sesawang rasmi tonton CINEMA iaitu cinema.tonton.com. atau menerusi aplikasi tonton di telefon Android.

Sewa mana-mana filem Korea yang tertera termasuk Miracle: Letters to the President, On The Line, Shark: The Beginning, Mr. Boss, Scent of Ghost dan The Closed Ward untuk menebus kod kupon.

Kupon tersebut akan dihantar kepada anda menerusi e-mel dan boleh ditebus di laman sesawang rasmi tonton CINEMA.

Seleksi filem Cina yang ditawarkan termasuklah The Superb Match-Makers, Happy Family, Lucky Bowl (Part 1), Lucky Bowl (Part 2), Spring Chorus, The Missing Menu, Rhythm of Home, Singing In The Spring: The Movie, Singing in The Spring 2019, You Are The One dan Bonus Vacation.

Kempen istimewa bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini telah bermula dari 17 Januari sehingga 5 Februari ini.

Kod kupon yang diterima boleh ditebus dari 17 Januari hingga 31 Mac depan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA cinema.tonton.com.my, Facebook @tontonmy, Instagram (IG) @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA.