BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang ini.

Memetik laporan BH Online, perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

Menurut Abd. Jalil, Dr. Wan Azizah dipanggil untuk membantu siasatan penerbitan buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in The Wilderness’.

“Benar (Dr. Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman) dan ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya.

24 Disember lalu, media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy telah mengadakan mesyuarat pertamanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Baca artikel berkaitan: Kabinet setuju siasat dakwaan Tommy Thomas, semak semula kes Pulau Batu Puteh

Pasukan khas itu dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.

Pasukan khas itu dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Ia turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Jagjit Singh Bant Singh, dua peguam Datuk Shaharudin Ali dan K. Balaguru serta wakil daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram