KAMI nak beri sedikit kata-kata perangsang pada kaum lelaki yang merasa rendah diri kerana wajahnya tak berapa hensem. Teruskan membaca…

1. Ingat, jangan putus asa. Tidak semua orang menilai manusia daripada fizikalnya semata-mata. Boleh juga dinilai daripada rumahnya, keretanya, pangkatnya, wang simpanannya atau amalannya. Macam orang putih kata, don’t judge a book by it’s cover.


2.  Biarpun tak hensem, jadilah diri anda sendiri.  Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Mungkin kalau anda hensem, anda akan melakukan banyak dosa. Siapa tahu, bukan?

3. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem. Salahkan orang tua, kerana hensem itu juga dari keturunan. Betul tak? Bak kata orang putih, like father like son. He he he…


4.  Kalau kawan-kawan atau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati. Sebabnya penilaian manusia tidak selalu benar (walaupun hakikatnya rupa anda memang tak hensem, kih kih kih…)


5. Anda kena percaya,  hensem atau tidak juga bergantung kepada faktor alam sekitar atau di mana tempat anda berada.  Misalnya, di Malaysia anda memang kategori tak hensem, tapi jika di Afrika boleh jadi anda antara yang paling hensem bagi mereka. Apa lagi bro, pindah sana je la… ha ha ha…


6. Cinta tidak memandang rupa hensem atau tak hensem. Tak percaya? Cuba tanyakan kepada orang yang tak hensem. Mesti dia cakap, love is blind!


7. Yang terakhir. Kalau anda membaca artikel ini sampai habis dan tak setuju dengan apa yang anda baca dan mudah tersinggung, percayalah dengan kata hati anda. Lebih penting, percayalah dengan kata-kata orang sekeliling bahawa anda sebenarnya memang tak hensem pun.

Keh keh keh… Jangan marah!

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen