Sedapnya daging dendeng ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Rohana Abu Samah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN
500 gm daging lembu | hiris nipis
1 sudu besar air limau nipis
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
20 tangkai lada merah
10 ulas bawang merah
5 cm halia
5 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | perah
Garam

CARA MENYEDIAKAN
1.Campur daging dengan perahan sebiji limau nipis dan garam hingga rata.
2.Jemur hirisan daging di bawah sinar matahari atau panggang di dalam ketuhar sampai sampai kering. Goreng garing dan tus.
3.Tumbuk atau mesin kasar lada, bawang merah, halia dan bawang putih.
4.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk, setelah naik minyak masukkan garam dan setengah sudu air limau nipis setelah secukup rasa masukan daging dikacau. Angkat dan sajikan.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram