Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

MESYUARAT Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah memutuskan harga siling bagi ayam standard RM8.90 daripada RM9.10.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut menetapkan harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan kedua-dua harga tersebut akan bermula pada 5 Februari sehingga 5 Jun ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan turut memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM.

“Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil.

“Selain itu, permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam Mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket).

“Mesyuarat turut mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Laporan polis dibuat kes fitnah PM

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan
kerjasama bersepadu melibatkan semua kementerian.

Katanya, perkara itu perlu dilakukan bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah.

Selain itu, katanya, mesyuarat tersebut turut memutuskan pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di setiap kawasan.

Katanya lagi, mesyuarat itu turut meminta Kementerian Kewangan mengkai insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.

“Selain itu, permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022

“Kita juga memutuskan koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah bagi mengawal harga,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare