Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. GAMBAR: Abd Razak Aid

IBARAT diluah mati emak, diludah mati bapa. Begitulah nasib golongan orang kurang upaya (OKU) apabila harapan mereka untuk mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan tidak tercapai.

Bukan mahu mengambil kesempatan daripada bantuan elaun yang diberikan, jauh sekali menyalahgunakan wang tersebut untuk tujuan tidak berfaedah. Cuma harapan golongan OKU ini hanyalah diberikan hak untuk berbelanja.

Hal ini memandangkan bantuan ataupun elaun yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sebelum ini diberikan secara tunai kini diubah kepada sistem baharu iaitu sistem tanpa tunai.

Perkara itu menurut Timbalan Presiden Malaysian Independence Living Association for Disabled (MILAD), Noor Muha Aziz akan menyukarkan penerima elaun tersebut daripada pelbagai sudut termasuk dari segi pergerakan, menafikan hak berbelanja dan tidak mesra OKU.

“Melalui kaedah baharu ini, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan yang diluluskan secara dikreditkan ke dalam akaun masing-masing manakala 50 peratus lagi akan dimasukkan ke dalam Kad Cashless JKMPay.

“Maknanya separuh daripada jumlah elaun tersebut hanya boleh digunakan di kedai panel JKM sahaja. Bagaimana dengan nasib OKU yang tinggal di luar bandar? Adakah JKM menyediakan kedai panel berdekatan mereka? Adakah kedai atau premis perniagaan yang dipilih JKM mesra OKU?

“Had kelayakan gaji maksimum bantuan Elaun Pekerja Cacat bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan. Sedangkan bagi golongan normal pula had maksimum untuk B40 adalah RM4,000. Perbezaan jumlah yang sangat besar,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel berkaitan: Rina Harun, antara trending kerana kurus dan ‘Doubt’. Doktor ini minta netizen jangan asyik kecam!

Mengulas lanjut, Noor Muha berkata, ada dalam kalangan golongan OKU yang menggunakan wang elaun tersebut untuk menampung bayaran sewa rumah.

Tambahnya lagi, sistem pembelian dalam talian yang akan diperkenalkan nanti juga akan menyukarkan sebahagian golongan OKU yang tidak tahu membaca dan tidak mempunyai telefon pintar.

“Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun yang pihaknya telah melakukan kajian melibatkan lebih 1,000 penerima sebelum sistem ini diterima pakai juga menimbulkan persoalan kerana hasilnya sangat tidak mesra OKU.

“Kami tidak terlibat langsung dengan sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil kementerian mahupun JKM sendiri. Jadi pelik apabila kementerian memaklumkan sudah melakukan kajian dengan kumpulan sasar mereka,” katanya.

Noor Muha juga menegaskan, KPWKM perlu membatalkan serta-merta sistem JKMPays dan mengembalikan semual pemberian elaun tunai secara keseluruhan demi menjaga kepentingan golongan OKU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare