BARU-baru ini, sebuah video pendek yang memaparkan luahan hati anak ketiga kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin telah meraih perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, seorang wanita mengajukan soalan mengapa Matin tidak mahu kehadiran seorang wanita bergelar ibu tiri dalam keluarga mereka.

Namun, jawapan spontan yang diberikan oleh Matin tidak pernah terfikir dek akal bagi kanak-kanak seusianya sekaligus mengejutkan ramai pihak.

“Sebab..membazir. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy, nanti kita jadi miskin,” jawab Matin.

Tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur dan bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun itu.

“Hahaha jawapan macam ini takut kita dengar,” ujar @Azucarmoreena.

“Hahaha sempoi betul jawapan Martin,” kata @Sitifazliena.

“Saya setuju cakap Matin,” komen @Lianor08.

Terdahulu, Shuib turut dikecam teruk oleh netizen gara-gara membicarakan tentang soal jodoh selepas pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Johor itu enggan mengulas perkara tersebut dan mengakui dirinya sudah mengenali seseorang tetapi hanya dianggap sebagai seorang kawan buat masa ini.

Untuk info, Shuib kini menjadi bapa tunggal kepada empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang berusia lima bulan.