
TENGKU Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyeru pihak berwajib di Selangor dan juga di seluruh Malaysia supaya terus membela nasib kucing dan anjing yang terbiar di jalanan.
Menerusi satu hantaran di Facebook Royal Selangor Office, baginda menegaskan yang paling penting kucing dan anjing terbiar ini harus dikenal pasti dan dikasi supaya populasi mereka dapat dikawal.
“Tengku Permaisuri Norashikin turut menggalakkan agar haiwan-haiwan terbiar ini diambil sebagai haiwan angkat dan dipelihara dengan baik.
“Baginda sendiri telah mengambil empat ekor kucing terbiar di sekitar Pantai Cenang, Langkawi untuk dijadikan haiwan angkat dan kini dijaga oleh kakitangan Hotel Casa Del Mar.

Baca: Bercuti di Langkawi, aksi Sultan Selangor bermain congkak tarik perhatian
Kasih Sultan Selangor, Tengku Permaisuri terhadap kucing terbiar
“Kesemua kucing angkat ini telah dikasi di mana baginda turut sentiasa menyumbangkan bekalan makanan haiwan kepada hotel berkenaan,” kata hantaran itu.
Turut dimuat naik gambar-gambar baginda bersama kucing-kucing berkenaan di sekitar pantai peranginan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram