Sedapnya kek cawan pudina ni. Bagi yang tercari-cari resipi kek yang lazat, apa kata cuba resipi yang dikongsi oleh Nora Ashikin Abd Basik ini. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kek cawan yang lembut dan gebu ini.

BAHAN-BAHAN
187.5 gm tepung kek | ayak
235.5 gm gula
70 gm mentega
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
125 ml susu
1/2 sudu kecil serbuk penaik | ayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat |
ayak
Sedikit sos pudina
BAHAN KRIM KEJU
250 gm krim keju
300 gm gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar jus lemon

CARA MENYEDIAKAN
1.Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan garam. Pukul sehingga sebati.
2.Masukkan tepung kek, soda bikarbonat dan serbuk penaik serta susu. Pukul lagi sehingga sebati.
3.Masukkan separuh adunan kek ke dalam cawan kertas. Ambil sedikit sos pudina dan paipkan di atas ditengah-tengah cawan kertas.
4.Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180ºC.
5.Krim: pukul krim keju, gula aising, esen vanila dan jus lemon sehingga sebati.
6.Apabila kek cawan sudah sejuk, hias mengikut kreativiti anda. Sos pudina ini juga boleh dicampur ke dalam adunan krim keju ntuk lebih rasa pudina.

Resipi: Nora Ashikin Abd Basik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram