Sebahagian daripada pelajar hadir ke sekolah pada Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 di Sekolah Menengah kebangsaan Sri Muda, Shah Alam, awal bulan lalu. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

SEBANYAK 8,451 kes COVID-19 dikesan melibatkan kluster pendidikan bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Februari tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Menurut beliau, angka itu merupakan 7.15 peratus daripada jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara yang mencatatkan 118,238 jangkitan bagi tempoh berkenaan.

Katanya, ini bermakna 109,787 atau 92.85 peratus melibatkan lain-lain kluster dan juga kes sparodik dalam komuniti.

“Secara keseluruhan terdapat 303 kluster di seluruh negara (1 Januari hingga 1 Februari), daripada jumlah kluster ini sebanyak 100 kluster atau 33 peratus melibatkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 86 kluster atau 28.38 peratus pula institusi bukan bawah KPM.

“Seratus kluster di bawah intsitusi bawah KPM tadi, melibatkan keseluruhannya 5,494 kes dan daripada 100 kluster ini, 96 kluster melibatkan institusi bawah KPM.

“Empat lagi kluster merupakan institusi swasta yang berdaftar bawah KPM,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Baca: Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama

Jelas Dr Radzi, daripada 96 kluster yang melibatkan institusi di bawah KPM, sebanyak 84 kluster membabitkan institusi berasrama, terdiri daripada 76 kluster daripada asrama harian dan lapan kluster daripada intstitusi berasrama sepenuhnya.

“Jika kita ambil kira keseluruhan institusi berasrama di bawah KPM, iaitu 1,918 buah institusi, 84 kluster ini adalah bersamaan 4.38 peratus daripada keseluruhan institusi berasrama di bawah KPM,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, bagi institusi bukan berasrama, terdapat 12 kluster direkodkan melibatkan dua kluster sekolah menengah dan 10 kluster daripada sekolah rendah.

“Jika dilihat 12 kluster ini dan bandingkan dengan keseluruhan 8,356 institusi bukan berasrama di bawah KPM, kita dapati bahawa jumlah 12 kluster ini adalah bersamaan dengan 0.14 peratus daripada keseluruhan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram