IJN maklumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar pagi ini./ Gambar Bernama

TUN Dr Mahathir Mohamad dibenar keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 8.40 pagi tadi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, IJN berkata, bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan dan dibenarkan keluar hari ini dan beliau akan menjalani pemulihan di rumah.

“Tun Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” kata IJN dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dan doa mereka apabila Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.

Baca: “Saya beransur sihat, terima kasih doa semua” – Tun M

Kesihatan Dr. Mahathir semakin baik, telah pulang ke rumah tetapi masih jalani rawatan di IJN

Rakaman video terkini Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Februari, tetapi perlu kembali ke institut itu untuk fisioterapi dan rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram