Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Rayan Oram yang meninggal dunia selepas terjatuh dan terperangkap dalam perigi selama empat hari.

Dalam kenyataan yang dikongsi dalam Facebook miliknya, Perdana Menteri berkata, seluruh Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

“Sedih mendengar berita menyayat hati tentang kematian Raya yang disahkan Istana Diraja Maghribi.

“Kanak-kanak berusia lima tahun itu terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter selama lima hari di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan berbukit dekat Chefchaouen, utara Maghribi.

“Saya dan seluruh keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

“Semoga roh Allahyarham tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya hari ini.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Dunia berkabung, Rayan disahkan meninggal dunia

Terdahulu, Rayan yang terperangkap di dalam perigi sejak Selasa lalu disahkan meninggal dunia awal pagi ini waktu Malaysia.

Berita kematian Rayan Awram itu disahkan sendiri oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di atas pemergiannya.

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak itu meninggal dunia sejurus selepas pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar.

Baca artikel berkaitan: Maghribi: Pasukan penyelamat semakin menghampiri kanak-kanak terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter@utusantvofficial Rayan meninggal dunia. #salamtakziah#TrendingNewsMalaysia#beritaditiktok#fyp♬ original sound – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram