UMUM mengetahui pada ketika ini sukar untuk mendapatkan rumah dengan harga berpatutan terutamanya di Kuala Lumpur.
Bagi anak-anak muda yang tidak mempunyai sebarang aset, sudah tentu isu untuk memiliki rumah ini begitu penting buat mereka.
Kerana itulah bekas Ketua Pemuda Umno Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pemimpin yang prihatin terhadap kehendak rakyat.
Hal itu selepas Perdana Menteri mengumumkan yang kerajaan akan membina 5,000 rumah council dengan keluasan minimum 750 kaki persegi untuk disewakan kepada warga kota.
Menurut Gulam Muszaffar, isu pemilikan rumah dalam kalangan anak muda sememangnya menjadi perhatian ramai sejak 2018 lagi.
“Dalam program townhall bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) belia, pemimpn dan orang-orang muda di Bandar Tun Razak, antara perkara yang diinginkan oleh golongan muda adalah rumah mampu milik.
“Kupasan dan hasil sesi townhall ini telah dibawa kepada Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Hal itu untuk membina rumah council buat pasangan muda yang baru berkahwin dengan skim sewaan dan simpanan sebanyak RM800.
“Daripada jumlah itu, RM300 adalah dalam bentuk simpanan bagi membolehkan mereka membeli rumah sendiri selepas lima tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri tinjau Menara Kuantan 188, kenderaan RV
Gulam Muszaffar menambah, idea dan konsep rumah council itu datang daripada Pemuda UMNO bahagian Wilayah Persekutuan .
Katanya, beliau berbesar hati apabila cadangan rumah council itu yang tergendala di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini disambung semula.
“Kami bekas Pemuda UMNO bahagian Wilayah Persekutuan 2013-2018 berasa bangga dengan usaha, idea dan tenaga yang dicurahkan telah membuahkan hasil untuk warga muda kota,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram