Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

TINDAKAN keluar daripada parti, menyesal dan kemudian mahu menyertai semula parti asal sememangnya sudah menjadi kebiasaan sekarang ini.

Lebih-lebih lagi semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).

Boleh dikatakan semua parti ada ahlinya yang keluar namun selepas seberapa ketika mahu menyertai semula parti lama mereka.

Bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau terbuka sekiranya ada bekas ahli yang mahu kembali semula kepada parti tersebut.

Begitupun, katanya, setiap bekas ahli yang mahu kembali kepada UMNO perlu melalui proses seperti yang tertakluk dalam perlembagaan parti itu.

“Andai mereka yang meninggalkan UMNO dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

“Namun, parti ini mesti berlaku adil dan tegas. Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam perlembagaan UMNO.

Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat. Tanpa keistimewaan atau kelebihan.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pemimpin Bersatu kembali sokong UMNO, ibarat sireh pulang ke gagang – Annuar Musa

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengingatkan semua yang UMNO merupakan gerakan untuk menabur bakti dan kebaikan kepada rakyat.

Katanya, pintu UMNO sentiasa terbuka kepada semua tanpa mengira umur dan asal usul.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram