Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob./ Gambar fail FB Parlimen Malaysia.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Keluarga Malaysia untuk menggunakan internet dan media sosial secara berhemah.

Hal itu memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, keadaan tersebut menyebabkan berlaku transformasi dari segi komunikasi dan sosial sejajar dengan norma baharu.

“Situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam untuk menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber.

“Meskipun teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti, tetapi penyalahgunaan teknologi masih tetap berlaku.

“Antaranya termasuklah dalam penggunaan internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 – Edisi Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Impian ‘wartawan cilik’ bertemu PM jadi kenyataan

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk sahsiah dan kawal kendiri dalam norma baharu penggunaan internet.

Ujarnya, hal itu bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram