“Memang ‘stress’ nak kembali jaga bayi, tapi…,” – Jamal Abdillah hitung hari bakal timang anak ke-5

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, berkongsi keterujaannya apabila bakal menimang cahaya mata kelima  pada 22 Februari ini.

Menurut Jamal, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, sepatutnya bersalin pada 28 Februari. 

“Kalau nak diikutkan, isteri saya akan bersalin pada 28 Februari, namun, Insya-Allah, dia akan bersalin secara pembedahan pada 22.2.2022.

“Kenapa tarikh 22 Februari dipilih? Kerana angkanya yang cantik. Tapi, kita hanya mampu merancang,” katanya kepada URTV.

Tambah penyanyi lagu Belenggu Rindu itu lagi, dia dan isterinya juga sudah memilih nama untuk cahaya mata lelaki itu.

“Nama yang kami pilih adalah Iskandar Rayyan Yamani. Mulanya, nak letak nama Iskandar Zulkarnain, tapi sebab dah biasa didengar, maka kami pilih Iskandar Rayyan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jamal turut meluahkan rasa tertekan dan terbit rasa kasihan terhadap isterinya yang sedang sarat hamil.

“Memang ‘stress’ juga nak kembali jaga bayi. Tapi, memandangkan itu anak kita, jadi saya memang bersiap sedia.

“Saya fikir, orang rumah saya pun bersusah payah kiri dan kanan menjaga anak. 

“Pembantu rumah kami pun tahun ini sahaja dah empat orang berhenti kerja.

“Jadi, memang saya tidak akan membiarkan isteri menguruskan anak seorang diri. Saya pun akan membantu apa patut,” katanya.

Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan memiliki dua anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai,2. 

Selain itu, Jamal turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu, Osama Yamani,21 dan Zaki Yamani,16.

Dalam perkembangan lain, Jamal kini sedang bersiap sedia dan menjalani persiapan untuk konsert A Night to Remember bersama penyanyi Zamani pada 26 Mac depan di Hotel Manhattan Ballroom Berjaya, Kuala Lumpur.

Bercakap tentang persediaan konsert berkenaan, kata Jamal dia amat menitik beratkan kesihatan memandangkan keadaan situasi pandemik yang tidak menentu. 

“Perkara utama yang saya perlu perhatikan adalah kesihatan.  Sebelum menjelang konsert, sebenarnya saya ada beberapa lagi jemputan persembahan. 

“Jadi mememang sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert.

“Untuk konsert itu nanti saya akan tumpukan pada penghayatan lagu supaya penonton terhibur. 

“Saya juga merancang untuk menyanyikan lagu duet tribut untuk rakan-rakan yang telah meninggalkan kita,” ulasnya. 

Tiket konsert boleh dibeli secara atas talian di www.ilassotickets.com bermula hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This