Tertuduh Mariyoh Mat Sin , 44, mengaku bersalah dengan sengaja menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Rosnani Omar sebagai dokumen pengenalan diri.


PADAH menggunakan kad pengenalan palsu, seorang wanita warganegara Thailand dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret 2 Kuantan, Pahang, semalam.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi kenyataan di Facebook berkata, tertuduh Mariyoh Mat Sin , 44, mengaku bersalah dengan sengaja menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Rosnani Omar sebagai dokumen pengenalan diri.


Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan pada 6 Februari 2022 di Kilometer 2.6 Jalan Kuantan Gambang semasa Operasi Bersepadu anjuran JPJ Negeri Pahang. 


Tertuduh telah direman di Lokap Berpusat Indera Mahkota selama empat hari bermula 7 Februari 2022 hingga 10 Februari 2022.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut  Seksyen 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan.

Ini selaras dengan iltizam JPN Negeri Pahangmemastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 mendapat hukuman yang setimpal.

Sementara itu, JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa  bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan.


Ini bagi memastikan setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan dijatuhi hukuman di mahkamah agar menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia amnya.