Tangkap layar video yang tular di media sosial penemuan ular dalam pesawat dipercayai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, semalam. GAMBAR: Media sosial

SATU penerbangan dipercayai dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, semalam dikatakan terpaksa membuat pendaratan di Kuching, Sarawak ekoran kemunculan ular dalam pesawat.

Dalam video yang tular dalam aplikasi TikTok, pesawat dipercayai milik AirAsia dengan nombor pendaftaran AK5748 sepatutnya mendarat di Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, juruterbang dikatakan terpaksa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak selepas penemuan ular di bahagian ruang lampu pada bumbung pesawat.

Berdasarkan carian, pesawat tersebut sepatutnya berlepas pada pukul 2.10 petang itu ditunda sehingga pukul 5.23 petang dan sepatutnya tiba di Tawau pada pukul 8.18 malam, semalam.

UtusanTV sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak AirAsia berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang warganet di aplikasi TikTok, @norhidayahmohdbust dalam ruangan komen menyatakan berada dalam pesawat tersebut.

Baca artikel berkaitan: Gelagat lucu si cilik takut masuk jawi bikin tawa warganet, 3.7 juta terhibur dengan aksi Muhammad Akid

Dia memaklumkan, pada mulanya menyangka pesawat berkenaan terpaksa mendarat di Kuching kerana cuaca buruk.

“Ingt landing kat Kuching tadi sebab ujn lebat sgt…tu yg heran knp ada bomba dpn pintu kapal…,” katanya.

Namun, ketika ditanya pengguna media sosial lain berhubung kejadian berkenaan, dia tidak membalas komen tersebut.

Rata-rata warganet lain juga menyuarakan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.

“Ya Allah, teringat cerita ular dlm kpl terbg tu…sejk tu fobia tiap kli naik,” kata @ruyieblooms17 dalam TikTok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram