Hasni Mohammad (tengah) bersama-sama beberapa pemimpin kaum Cina menggaul yee sang pada Majlis Mesra Muhibbah Sambutan Tahun Baharu Cina di Johor Bahru, hari ini.

TIADA tangan ghaib!

Demikian ditegaskan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad bahawa tiada mana-mana pihak memaksa beliau untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Sangkalnya, tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ yang menggesa beliau mengadakan PRN adalah tidak benar.

“Tidak ada sesiapa termasuk daripada parti politik yang saya sertai menggesa saya untuk membubarkan Dewan Negeri. Dakwaan yang mengatakan terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan ini adalah tidak benar.

“Dakwaan mengatakan kluster mahkamah ataupun ahli politik yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah menggesa keputusan ini juga adalah tidak benar. Mereka tidak terlibat langsung dalam keputusan ini.

“Saya sebagai Menteri Besar dan rakan-rakan pentadbiran Negeri Johor mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Negeri dibuat atas satu kesedaran bahawa Johor memerlukan satu kepimpinan yang mempunyai komposisi kepelbagaian kaum yang seimbang,” katanya pada Majlis Mesra Muhibbah Sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Rakyat Johor sayang Hasni – Zahid Hamidi

Hasni berkata, rakyat tentunya menginginkan keputusan PRN yang dapat membawa Negeri Johor ke hadapan dan bukan sebaliknya.

“Saya yakin dan percaya semua rakyat di negeri ini berharap keputusan PRN yang mampu membawa Johor ke hadapan dan bukannya menyebabkan negeri ini hilang potensi untuk menjadi sebuah negeri yang maju.

“Percayalah, hasrat dan harapan saya juga sama. Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin untuk menyahut usaha-usaha ini. Ini penting, kerana sekiranya kita tersilap, ia bakal memberi satu kesan jangka panjang yang tidak akan menguntungkan sesiapa,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram