Sedapnya sambal Bali ayam ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, boleh cuba resipi yang membuka selera ini. Pasti puas hati!

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong 12)
100 gm lengkuas (ketuk)
5 batang serai (titik)
3 tangkai daun kari
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
Sedikit asam jawa
Sedikit garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:
300 gm cili kering
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara Menyediakan:
1.Ayam yang telah dibersihkan, goreng tanpa garam dan kunyit dan goreng separuh masak. Angkat dan tuskan.
2.Tumiskan serai dan daun kari sehingga naik bau.
3.Masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik minyak.
4.Kemudian masukkan kicap manis, air asam jawa, lengkuas, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
5.Akhir sekali, bolehlah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kecilkan api, kacau sebati sehingga ayam masak dan terbit minyak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram