Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah GAMBAR: FB Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita dan bangga dengan pencapaian serta kecemerlangan pejabat dan kakitangannya mengekalkan pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti).

Dalam catatan di laman Facebook Selangor Royal Office, pejabat Sultan Selangor telah diiktiraf pengurusan istana pertama yang memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti) daripada Malaysia Book of Records.

Menurut catatan tersebut, pensijilan itu telah dikemaskini pada 30 Disember lalu untuk tempoh sehingga 7 Januari 2025 di bawah pentadbiran Datuk Pengelola Bijaya Diraja baharu, Datuk Sawaluddin Md. Nor.

“Sejak ditabalkan sebagai Sultan Selangor kesembilan pada tahun 2001, Sultan Sharafuddin telah menitahkan agar aspek pengurusan dan pentadbiran Istana Selangor diberi keutamaan serta menetapkan penanda aras untuk mencapai satu tahap kecemerlangan dalam tempoh lima tahun.

“Di bawah kendalian Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Zakaria Abdul Rahman sejak tahun 2003 dan bersara pada 2019, Pejabat Sultan Selangor telah meraih kecemerlangan dalam skop amalan dan kriteria pengurusan merangkumi lawatan-lawatan ke istana, hal ehwal majlis dan istiadat diraja serta penyediaan santapan diraja,” kata catatan itu, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bercuti di Langkawi, aksi Sultan Selangor bermain congkak tarik perhatian

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin turut berharap semua kakitangan pejabat Sultan Selangor terus komited menjalankan tugas masing-masing dan amanah serta sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan pentadbiran.

“Pejabat Sultan Selangor sebelum ini turut menerima pensijilan ISO 9001:2008 sebelum ia dinaik taraf kepada ISO 9001:2015 pada 10 November 2017.

“Dengan penganugerahan ISO ini juga, pentadbiran dan pengurusan Istana Alam Shah adalah setanding dengan organisasi kerajaan atau pun swasta yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” jelas catatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram