Antara melancong dan menyimpan duit, dua perkara yang sangat berbeza. Lain orang lain minatnya. Ada yang menyifatkan melancong satu hobi yang membazir kerana duit dihabiskan tanpa dapat pulangan secara fizikal.

Namun lain pula dengan Syah Ismail. Baginya melancong umpama pelaburan yang tidak ternilai, tidak dapat diukur dengan wang ringgit.

“DULU AKU PUN FIKIR MACAM TU..

Membazirlah melancong.

Penat simpan duit lepas tu habis kat melancong.

Buang duit jerr melancong ni.

Aku juga pernah fikir yang melancong adalah hobi orang kaya. Ternyata apa yang aku fikir itu adalah salah.

Pernah waktu di Venice, Itali, aku tegur couple dari Malaysia yang umurnya dalam lingkungan separuh abad.

“Abang dengan akak selalu travel ke?”

“Kami travel setahun 2-3 kali. Kami simpan duit untuk travel saja. Rumah tak besar pun. Kerja pun biasa-biasa ja. Ada duit, travel”

Fuhh ini memang hard-core travellers. Macam mat saleh dah. Travel jerr kerja dia.

Bila aku join komuniti travellers, baru aku tau rupanya ramai jerr kaki travel ni. Dan yang pastinya majoriti mereka pun bukan golongan kaya raya. Orang kebanyakan macam aku jugak.

Kami lah pemburu tiket murah. Pemburu air bnb murah dan berbaloi. Mana-mana airlines yang buat offer, memang terus grab. Yang penting boleh fly & travel.

Sekarang aku dah faham.

Travelling sebenarnya suatu PELABURAN.

Pelaburan yang tiada nilainya.

Tak sama nilainya dengan dividen yang kita dapat hasil simpanan ASB (In fact aku dan wife guna dividen ASB untuk travel).

Tak sama dengan investment property yang kita beli dan harganya meningkat setiap tahun.

Tak sama dengan investment apapun yang ada termasuk saham, emas, forex atau crypto-currency.

Sebab kebanyakan investment ini kita boleh ukur keberhasilannya. Kita boleh expect apa yang kita akan dapat in return.

Travelling?

Boleh di ukur kah kepuasan dan pengalaman dapat belayar di Selat Bosphorus yang memisahkan Benua Asia dan Eropah?

Ataupun..

Boleh di ukurkah indahnya perasaan dapat solat di Masjid Hagia Sophia yang suatu masa dulu adalah gereja besar Kerajaan Rome Byzantine?

Ataupun at least..

Boleh diukurkah setiap detik indah sepanjang travelling bersama orang tersayang?

Priceless gais!

Ia akan jadi pengalaman terindah hingga akhir hayat.

Kepada yang berfikiran seperti aku dulu, cubalah melancong.

Kami pun bermula melihat negara orang yang dekat-dekat saja dulu. Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam.

Kemudian kami slowly beranikan diri jelajah berdua sahaja ke benua Eropah tanpa menggunakan sebarang agensi. Negara Eropah pertama yang kami jejak adalah Republic of Checq. Kami sejenis gang yang suka travel free and easy. Tak suka terikat dengan jadual agen dan nak kena tunggu orang lain. Melainkan aku kena tunggu wife aku bersiap cukuplah🤣

Kalian cari lah destinasi luar negara yang paling cost-effective.

Kalau nak ke Turki pun sebenarnya sekarang sangat menguntungkan. Matawang Turki jatuh. Flight pergi balik bawah 2k. Hotel atau apartment murah pun bersepah.

Cukup belanja ala-kadar asalkan dapat sampai ke negara orang.

Begitulah jiwa traveller..

“Travel is the only thing you buy that makes you richer.”

Ada tak geng suka travel macam aku kat sini?”

Sumber : Syah Ismail