SEPANJANG bulan Februari ini, Go Shop akan memberikan diskaun dan tawaran hebat kepada pelanggan untuk manjakan diri mereka dan orang tersayang dengan pelbagai rangkaian produk hebat yang menarik.

Kempen Go Shop’s Febulous February menawarkan baucar mingguan yang menarik serta pulangan tunai yang berganda dari sekarang hingga 28 Februari ini.

Pelanggan boleh menemui produk kecantikan, fesyen, makanan, kesihatan dan kecergasan dengan diskaun sehingga 80%.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli produk yang dipaparkan di saluran Go Shop dari 12 tengahari hingga 1 petang dan 8 hingga 9 malam setiap hari boleh menikmati ganjaran pulangan tunai berganda.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan kod ‘FEB22’ untuk mendapatkan diskaun RM 22 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 268 apabila membeli-belah produk daripada kategori terpilih seperti produk kesihatan, sukan, riadah dan produk baharu dari 15 Februari hingga 21 Februari.

Berikut adalah Produk Pilihan yang Paling Hangat di Go Shop bulan ini:

· Tablet Thomson Activated Ginkgo

· Tempat Urut Mudah Alih Gintell G Lux

· Set Perayaan Naruko Actives

· Kolagen Kitsui Generation 3

· Set Beg Tangan Polo Camella Lancester

· Basikal Ultra Zero eZ

Ikuti saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA CH118, Go Shop GAAYA CH 120, Go Shop BAARU CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin, serta MYTV CH120 untuk mengetahui tentang tawaran Go Shop’s Febulous February dengan lebih lanjut. Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.