bukti kesempurnaan alquran

Dalam aspek kesempurnaan uslub bahasa, sebenarnya dalam al-Quran, apa jua kalimah yang digunakan cukup teliti, tepat, cantik dan sempurna sekali ujar Dr. Khairul Anuar Mohamad, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Contoh paling mudah, lihat sahaja dalam surah an-Namli: 18. Dalam ayat ini Allah telah menyebutkan satu lafaz iaitu “la yahtimannakum” (tidak memecahkan kamu) merujuk pada kisah Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya di lembah semut.

Dalam ayat ini terdapat satu kisah di mana puak Orientalis Barat yang terdiri dari para sarjana telah mengkaji ayat-ayat al-Quran dari awal ayat sehingga sampailah pada ayat ini, mereka mengatakan penggunaan kalimah “La yahtimannakum” adalah kalimah yang lemah dan tidak sesuai digunakan. Pada mereka seharusnya Allah menggunakan kalimah “La yaqtulannakum” (tidak membunuh kamu)

Akan tetapi al-Quran telah menggunakan lafaz “la yahtimannakum” yang hanya sesuai digunakan untuk kaca kerana maksud kalimah itu adalah (memecahkan kamu) sedangkan semut bukanlah kaca, tetapi serangga bernyawa.

Mereka merasakan yang mereka betul dan hebat hingga semua bersetuju bahawa al-Quran bukanlah kitab yang bagus kerana menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan tidak tepat dari sudut uslub bahasa. Meskipun begitu terdapat seorang profesor dari kalangan mereka yang inginkan lebih kepastian, lalu dia mengambil seekor semut dan mengkajinya dengan teliti melalui mikroskop.

Hasilnya, cukup mengejutkan sehingga dia terkesima dan mengakui al-Quran bukanlah kitab biasa dari seorang pemuda kampung. Tetapi al-Quran adalah kitab yang sangat luar biasa hingga akhirnya dia memeluk Islam. Dari penelitiannya, memang benar di dalam tubuh semut kelihatan bentuk-bentuk seakan hablur kaca. Dan memang tepat sekali penggunaan lafaz “la yahtimannakum” sebagaimana yang tercatat dalam ayat tersebut.

Oleh itu tegas Dr. Khairul Anuar lagi, setiap kalimah walau satu huruf sekalipun ia sangat tepat, cantik dan sempurna sekali penggunaannya dalam apa jua aspek. Dan, ini menjelaskan bahawa al-Quran sememangnya adalah kitab dari Allah yang sangat sempurna dalam segenap segi.

Inilah mukjizat terkandung dalam al-Quran yang wajib kita sebagai umat Islam percaya dan jadikan sebagai panduan hidup. Mereka yang tidak membacanya termasuk di kalangan orang yang rugi. Bahkan segelintir ulama menyatakan, manusia yang paling hina adalah manusia yang tidak membaca al-Quran. Wallahu a’lam.

_____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare