Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi makaroni goreng yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni – rebus
200 gm daging cincang
3 ulas bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji telur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
½ batang lobak merah – hiris panjang
½ tangkai kailan
½ sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
½ cawan stok daging atau ayam
3 sudu besar minyak zaitun

CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis bawang merah menggunakan minyak zaitun. Biarkan seketika.
2.Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging kering.
3.Tuangkan pula sos tomato dan sos tiram diikuti dengan telur. Tuangkan air rebusan stok.
4.Kemudian masukkan lobak merah, kalian dan kacau rata. Tambahkan garam dan lada hitam.
5.Masukkan makaroni yang telah direbus. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram