BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara – PM

Dari Penulis

KEMENANGAN manis dan bersejarah pasukan lelaki kebangsaan selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.

“Keluarga Malaysia bangga dengan kalian,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, berserta video memaparkan pasukan kebangsaan meraikan kemenangan dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu.

Skuad lelaki negara mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.

Ia sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi tersebut daripada menjuarai gelaran buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan yang bermula sejak 2016 itu.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sikap Bersatu punca Pas putuskan hubungan kerjasama

SIKAP Bersatu menentang kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN) jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini,...

More Articles Like This